JIKA BERMINAT SILA LENGKAPKAN ORDER FORM

Followers


CANTIK DENGAN TABITA SKINCARE

Monday 7 January 2013

APA ITU PEELING ATAU PROSES PENGELUPASAN?


Adakah anda runsing dengan masalah kekeringan kulit, pertumbuhan jerawat dan penuaan pada kulit? Kehidupan yang penuh dengan tekanan menambah beratkan masalah kulit. Masalah ini menjadikan kita kelihatan lebih tua daripada umur sebenar. Sebenarnya, pengelupasan kulit (peeling) merupakan satu cara yang dapat menyelesaikan masalah ini. Rawatan pengelupasan kulit dapat meningkatkan keberkesanan penjagaan kulit dan memulihkan kulit kita menjadi sihat berseri.

Pentingnya pengelupasan kulit wajah


Pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.

Antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.
Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.

Kebaikan lain:
Kurangkan jerawat/parut jerawat
Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
Kurangkan kedutan/garis halus
Kurangkan kesan parut luka/ bedah
Seimbangkan ton warna kulit
Kecilkan liang pori-pori
Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
Mengawal ‘stretch marks’
TABITA SKINCARE adalah produk yg dpt membantu masalah kulit.
Proses Peeling melalui TABIAT SKINCARE adalah cara yang paling efektif dan selamat.

Jenis-Jenis Pengelupasan


Ada tiga jenis pengelupasan berdasarkan kedalamannya.

1. Pengelupasan luar. Pengelupasan ini merupakan jenis paling ringan dari pengelupasan secara kimia dan dapat digunakan pada semua jenis kulit.
Pengelupasan luar biasanya digunakan untuk memperbaiki penampilan perubahan pigmen di kulit, bekas jerawat, kerosakan ringan akibat matahari,atau kedutan halus untuk semua jenis kulit. Pengelupasan luarab mungkin dapat mengurangi, tetapi tidak dapat menghapus kerosakan akibat matahari dan tanda-tanda penuaan. Hasilnya juga tidak terus dapat dilihat, tapi ketika hasilnya muncul, mungkin hanya minimum.

2. Pengelupasan medium. Pengelupasan ini menembusi kulit lebih dalam daripada pengelupasan luaran dan dapat menyebabkan luka terbakar level dua pada kulit. Pengelupasan medium digunakan untuk menyembuhkan kedutan halus sampai kedutan tahap sedang, kerosakan akibat matahari
dalam jangka waktu lama, perubahan pigmen, dan luka menjelang kanser pada kulit, yang biasanya disebabkan karena sinar matahari yang berlebihan.Rawatan susulan sangat diperlukan sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

3. Pengelupasan dalam. Pengelupasan dalam menembusi beberapa lapisan kulit dan menyebabkan luka terbakar level dua pada kulit.
Pengelupasan ini biasanya dilakukan hanya pada kulit wajah. Pengelupasan dalam digunakan untuk menghilangkan beberapa kedutan, kerosakan akibat sinar matahari dalam jangka waktu lama, perubahan pigmen, dan luka dan pertumbuhan kulit.

Namun tidak semua orang boleh melakukan pengelupasan dalam terhadap kulit wajah mereka. Biasanya pengelupasan dalam ini tidak boleh dilakukan pada jenis kulit yang gelap kerana hasil dari pengelupasan dalam ini menjuruskan kepada pemutihan. Tentu anda tidak ingin kulit anda berbelang-belangkan? Pengelupasan dalam ini pun hanya dapat dilakukan sekali sahaja seumur hidup.

RISIKO

Anda dah selesai melakukan pengelupasan atau peeling? Ada risikonya.Pada umumnya, semakin dalam pengelupasan, semakin besar risiko kesan sampingan dan komplikasinya. Satu pengelupasan kimia dapat menyebabkan:

1. Kemerahan (erythema). Semakin dalam pengelupasan atau untuk jenis kulit tertentu, kemerahan dapat menjadi teruk. Itu akan hilang dalam beberapa minggu, atau beberapa bulan.

2. Perubahan warna kulit. Kawasan yang sedang dalam rawatan mungkin akan menjadi lebih gelap atau terang daripada kulit di sekitarnya.

3. Kulit mengeras dan mengelupas.

4. Bengkak (edema), khususnya di daerah sekitar mata.

5. Terluka.

6. Reaksi alergi terhadap produk.

7. Infection. Orang yang memiliki sejarah penyakit herpes biasanya memiliki kecenderungan terkena infection setelah pengelupasan secara kimia.

8. Meningkatnya tahap sensitiviti terhadap sinar matahari.

Jenis bahan pengelupasan yang selalu digunakan dan tidak berbahaya adalah

Glycolic Acid(AHA)
Salicylic Acid (BHA)
Lactic Acid
Jessner’s Peel
Resorcinol
TCA (Trichloracetic Acid)

Bahan pengelupasan boleh

-membantu menghilangkan kulit rosak akibat matahari
-menghilangkan garis-garis halus
-membaiki stuktur kulit
-menghilangkan black dan white head

SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA DI CALL/ SMS/ WHATAPPS 0132089133 (BETTY) SENARAI PENGEDAR 1. NURHUDA (SETIAWANGSA) - 0125114620 2. DATIN MAZNAH (SEREMBAN) -0126168877 3. SITI HARYANTI (TERENGGANU) - 0133537213 4. ZURAIDAH ( PORT DICKSON) - 0137289829 6. SURIANI (MELAKA) - 0197588987 7. JA ZARRA (JOHOR BHARU) -0167117494
Everyone is deserved to beautiful.Beauty Inside out:)

2 comments:

Unknown said...

Bleh thu x luka to jnis cm ner?

Suzana88 said...

Utk kulit Berminyak bole ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI CALL/ SMS/ WHATAPPS 0132089133 (BETTY).TQ